sumber from::soutul mujahid.com
Alasan untuk Tidak Berdakwah?
Berdakwah merupakan tanggungjawab golongan yang berpegang pada dua kalimah syahadah, pendek kata umat Islam. Berdakwah dipertanggungjawabkan sama ada ke atas individu, jemaah/parti politik, dan negara.Cara ketiga-tiga kategori ini sahaja yang berbeza. Namun, kewajipannya tetap sama.
Kali ini, mari kita teliti arus kehidupan masyarakat yang tidak ingin berdakwah. Pendek cerita lagi, meninggalkan kewajipan. Mungkinkah kita tergolong seperti di bawah ini? Menulis sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan umat Islam. Mari kita tinjau...
1."Aku masih jahil. Sebab tu aku masih belum nak berdakwah"
nak berdakwah tak semestinya perlukan ilmu yang tinggi melangit. Tak mungkin kita jahil sejahil-jahilnya sehingga nak sampaikan satu ayat tentang Islam pun kita tak tahu. Orang kafir sendiri pun tahu serba sedikit tentang Islam, tak mungkin kita sedungu itu untuk kita tidak menyampaikan?
2."Aku ni banyak buat benda tak betul. Jadi, tak layak untuk aku berdakwah"
Sampai bila kita nak tunggu sampai jadi betul dulu? Sampai kiamat pun manusia ni melakukan kesilapan. Kalau kita dah rasa kita ni betul kemudian kita berdakwah, pada masa itulah kita orang yang paling teruk sebab dah rasa diri tu betul. Apa yang penting, mari kita baiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa.
3."Dulu-dulu aku banyak buat maksiat. Rasa tak layak pulak nak berdakwah"
Saidina Umar r.a. dulu pernah jadi penyagak dan pembunuh. Beliau siap bunuh anak perempuannya yang masih kecil. Apabila dia memilih hidayah, beliaulah orang yang banyak berkorban dan berdakwah untuk Islam, sehingga beliau menjadi khalifah yang sangat agung. Jadi, apa alasan kita? Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya?
4."Aku takde masa untuk berdakwah"
Alasan sebegini memungkinkan kita untuk rasa geram dan rasa nak tempeleng orang macam ni. Punya banyak masa Allah bagi, takkan nak bercakap 10 minit pun takde masa? Main bola, main game, main facebook ada masa pulak?
5."Belum tiba masa untuk aku berdakwah"
al-Quran dah turun 1400 tahun lepas dan Allah dan Rasul-Nya menyeru untuk kita berdakwah sebelum kita lahir lagi! Jadi, adakah alasan 'belum tiba masa' sah untuk digunapakai?
6."Aku tak pandai bercakap"
Perjalanan 1000 langkah bermula dengan satu langkah. Kalau tak mula bercakap, sampai bila-bila pun tak pandai bercakap. Benda ni makan masa. Kita bukan orang hebat-hebat untuk sampaikan dakwah dengan ayat-ayat bombastik. Apa yang penting, Allah menilai amal baik dan buruk kita walau sebesar zarah. Jadi, susah payah usaha kita untuk pandai bercakap tidak akan disia-siakan oleh Allah walaupun sebesar zarah.
7."Aku takut kena belasah apabila berdakwah"
Kita wajib pelajari ilmu pertahankan diri. Perkara ini merupakan
perintah Allah dalam surah al-Anfaal:60 yang bermaksud: "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh
Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)". Apabila mempelajari ilmu mempertahankan diri, insya Allah keberanian itu akan hadir dan kita tidak lagi takut akan makhluk.
*****
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"
[TMQ Aali 'Imran:104]
~SELAMAT BERAMAL~
No comments:
Post a Comment