Monday, February 7, 2011

::bercinta selepas berkahwin


hah!!!! terkejut x ??? tetiba post entry  pasal kahwin 
kikikikiki ~~~~
saje . sebab nmpk kat fb 
malas nak bace , tu yg copy paste kat blog dulu 
selamat reading la ea ~~~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagi Allah yang masih memberikan kita peluang untuk bernafas dan merasai nikmatnya hidup di dunia ini..Alhamdulillah…berkenaan soalan bercinta selepas bernikah..hurmm..suatu isu yang cukup cantik dan rasanya masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri..sekiranya ditanya kepada mereka yang diluar sana..pasti kebanyakkan jawapannya..`cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon secara maraton, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan manja dan senyuman?...`macam mana nak kawen kalau x kenal dulu?..ishhh..boleh ke bahagia dengan perkahwinan begitu?..itu zaman dulu beb..zaman atok nenek kita..zaman skrg ..kena kenal dulu baru boleh kawen..dan pelbagai lagi jawapan yang sememangnya akan membuatkan kita kita tertanya-tanya..benarkan ada cinta selepas bernikah?..dan..bolehkah bahagia?..kebetulan isu yang saudari kemukakan ini, pernah ditulis oleh saudara Pahrol Mohd Juoi di dalam bukunya bertajuk TENTANG CINTA (Bab 14 : Cinta Indah Selepas Nikah; ms115-127)..ketentuan Ilahi untuk saya berkongsikan sedikit pandangan Akhi Pahrol di dalam menjawab soalan ini. Jika ramai yang menyatakan cinta sebelum berkahwin itu lebih indah, maka perkahwinan memang sesuatu yang merugikan..mengapa?..Perkahwinan bukanlah sesuatu yang akan mengakhiri dunia romantis alam percintaan. Jika direnungkan kembali..realiti percintaan sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan ‘lesen’ seperti cinta selepas perkahwinan..cinta perlu dizahirkan melalui kata-kata dan tindakan..ucapankan, lauhkan dan zahirkanlah melalui tindakan..tetapi semua itu hanya dibenarkan selepas kita memperolehi ‘lesen’ secara halal dan sah. Bagi percintaan sebelum perkahwinan, ruangnya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan rasa cinta kita. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya. Sebagaimana firman Allah swt ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” (Surah Al-Isra’ ;32). Bergaul bebas, berkhalwat (dalam ertikata yang lain berdua-duaan di tempat yang sunyi), memandang dengan rasa nafsu, bersenda gurau dan sebagainya adalah dilarang. Walhal, percintaan sebelum perkahwinan itu sangat terdedah dengan perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau tidak. Ketika inilah cinta mula dinodai oleh nafsu dan fitrah hati ( cinta dan kasih sayang ) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata. Firman Allah swt “Apakah kamu tidak melihat bagaimana ada manusia yang mempertuhankan hawa nafsunya”. (Al-Jatsiah 45:23)..“ Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan” (Yusuf 12: 53).Dan bukankah pada ketika ini kita telah ‘bertuhankan’ cinta?..





Jika sebelum berkahwin banyak ‘halangan’ yang mencegah..maka halangan itu akan ‘terangkat’ sebaik sahaja ijab kabul disahkan. Berbuallah sepanjang malam hingga ke siang, sentuhlah di mana sahaja yang timbul keinginan, belailah sepanjang masa yang ada. Semua itu telah dihalalkan. Semua perlakuan itu dibolehkan bahkan diberi pahala pula. Jika dahulu, kerlingan manja seorang wanita terhdap seorang lelaki diumpamakan ‘panah syaitan’ – yang beracun dan berdosa. Tetapi setelah dia bergelar isteri, kerlingan manja dan sayangnya kepada suami diberikan pahala. Jika hubungan seks lelaki dan wanita sebelum berkahwin dianggap zina dan berdosa besar, tetapi selepas berkahwin ia dianggap sedekah dan berpahala..Senangkan untuk mendapat pahala..Tetapi anehnya bagi pasangan yang bercinta secara melampaui batas hal yang sebaliknya pula berlaku. Di dalam tempoh masa yang singkat selepas perkahwinan, hubungan pasangan sudah tidak menjadi seromantik dahulu. Dahulu sebelum berkahwin, jalan berpimpin tangan, berpeluk pinggang..seolah-olah dunia ini sangatlah sempit..selepas berkahwin, seorang berjalan di hadapan, seorang di belakang, tiada lagi kerlingan manja dan sapaan mesra..mengapa? sebab semua sudah biasa dan selalu dilakukan sebelum berkahwin..entahlah..rasanya kering sahaja..tidak lagi semanis dahulu..tidak lagi mesra..



Namun, sebaliknya bagi pasangan yang bercinta selepas perkahwinan. ..ketika ini, putik cinta yang indah baru bermula dan menyerlah..perkenalan dan percintaan menjadi subur dan berkembang bagai jambangan bunga yang indah..semuanya baru..ibarat baru berkenalan.macam-macam ini tahu..dan pastinya semuanya telah diizinkan mengikut syariat…gurauan, jelingan, senyuman manja dan sentuhan pada ketika ini semuanya mendapat pahala….mudahkan untuk melabur saham didunia dan sekaligus saham di akhirat..insyaAllah..sesekalipun kadang-kadang perkahwinan tidak dimulai oleh sesuatu percintaan, tetapi ramai pasangan suami isteri yang terlibat berjaya dalam membina kebahagiaan rumahtangga kerana perkahwinan itu sendiri yang memulakan cinta mereka. Hakikat ini memperlihatkan bagaimana orang-orang tua dahulu menikmati alam percintaan mereka. Cinta mereka lebih indah kerana terbina selepas nikah…dan pastinya cinta selepas perkahwinan itu indah kerana ia lebih dibina atas dasar cinta kepada Allah, Tuhan Pemilik Cinta. Allah telah menghalalkan perkahwinan dan menjadikan ia wadah bagi menyalurkan rasa cinta. Perkahwinan yang berasaskan dorongan dan peraturan Allah. Jadi melalui ikatan perkahwinan itu cinta dapat dibuktikan tanpa halangan dan sekatan lagi kerana cinta itu perlu dizahirkan melalui kata-kata dan tindakan..



Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan..Berdoalah kepada Allah agar tidak diketemukan dengan cinta sebegini..dan usahlah risau jika ketika ini masih belum menemui pasangan hidup..bukankah Allah telah menjadikan setiap benda didunia ini berpasangan?..kita hanya perlu bersabar, berusaha dan tidak putus berdoa..bagaimana usaha yang disarankan?..jadikanlah diri kita dahulu calon suami atau isteri yang soleh atau solehah..kerana janji Allah itu benar “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik” (An-Nur 24:26)..Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan..cinta suci itu pasti mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga. Ketika ini benarlah ungkapan ‘Kunantikan kamu dipintu syurga’…dan suami isteri yang soleh serta solehah akan bercinta lagi hingga ke syurga, tempat pertama melahirkan cinta. Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa.. waallahualam..


No comments:

Post a Comment