Wednesday, March 30, 2011

:: no matter what ~~~

assalam  semua ....
alhamdulillah .... 
walaupun hari nie agakss choi .. tapi xper ... 
akan ku kenang kembali & hayati & fahami & KUASA TINDAKAN itu perlu pada ayat tilawah yg di bace kelmarin ....
dalam surah ke 3 , ali imran ayat y ke 165 ...
rujuk2 lah yea kawan2.. saya xnak tunjuk ... cari sendri ... hihiii 
saya relatekn ayat tersebut dgn diri saya ...
tepuk dada tanya diri sendri ...


alhamdulillah .. selamat pergi dan pulang dari SGM 
special group meeting bersam dgn TUAN HAJI IMRAN .... 
sgt2 best ... sangat2 tersentap ... terpukul ... alhamdulillah .. sedar diri juga saya nie ...
tn hj sangt hebat !!!!

bile kite bekerja ... kutukan dan kritikan yg membina sgt perlu ... untuk mmperbaiki diri sendri ... 
YES !!!! PERBAIKI DIRI KITA ....
itulah impian saya 

buatlah kerja dgn IKHLAS LILLAHITAALA ... 
INGAT YEA FATIN !!!!!

ku doakan semua my partners .... trus hebat !!!! dan trus hebat !!!! dan bertambah2 hebat!!!!!

lagu nie mmg seswai ...
pka yg post kat fb .. so ... dgr la 


boyzone-no matter what 

khas buat my partners!!!
sayang uols !!!  

Chorus:
No matter what they tell us
No matter what they do
No matter what they teach us
What we believe is true


No matter what they call us
However they attack
No matter where they take us
We'll find our own way back


I can't deny what I believe
I can't be what I'm not
I know I'll love forever
I know, no matter what


If only tears were laughter
If only night was day
If only prayers were answered
Then we would hear God say


Chorus


And I will keep you safe and strong
And shelter from the storm
No matter where it's barren
A dream is being born
No matter who they follow
No matter where they lead
No matter how they judge us
I'll be everyone you need
No matter if the sun don't shine
Or if the skies are blue
No matter what the end is
My life began with you


I can't deny what I believe
I can't be what I'm not
I know, I know
I know this love's forever
That's all that matters now
No matter what

Monday, March 28, 2011

:: pElik~~

somEthng wrong with my k-office .... huhuuhuuhuhuu  
eerrrmmmm ... 
ingtkn lom mskn data .. upenyer terslh paham ... 
salah aq ker??? probability nyer hanye 30% ...
kenape 30% ??? enth ... saje assume ...

eerrmmm .
tetap sedih gaks....
tpi rasenyer dh betul dh aq msj .... adoiii ~~~ 
n kalo secare logiknyer pun ... diorg tau ...
tpi xper...

dugaan tok aq kot... 
FATIN SABAR !!!!
MGKIN INI BUKAN REZEKI KAMU ... KALO BETULLAH DH XLEH D UBAH ....
GO FATIN GO FATIN !!!! 

 

Sunday, March 27, 2011

:: terKeJUUttttt !!!

balik2 daurah .. buka fb .... byk nye kakak ku post ...
yg paling terkuzzetttttt ... businesss!!!!
adoiiiiii ... mis understanding la plop ....
hahaha ....
mmg la aq join business .... tpi bukn menjual brng ...
i'm just a consultant only ...
adoii ....
xpasal ... aq jadi business woman ...
tpi blh gakss ... hihiii 
otw ... 
nk ikut sunnah nabi .... jom2 .... 

:: xsangka ... tpi sangka gaks

ALHAMDULILLAH .....


saya dh byr zakat ..... walaupun sikit ... semoga berkekalan ...
aminnn .....

thnks mira ... 

Saturday, March 26, 2011

Thursday, March 24, 2011

:: bila mana kita



orang yang fikir mereka biasa-bisa, akan dapat hasil yang biasa-biasa. orang yang tanamkan dalam fikiran mereka hebat, akan capai hasil yang hebat. bagi mereka yang percayakan mereka luar biasa hebat, pastinya akan dapat hasil luar biasa hebat! Kejayaan bermula dalam minda. Fikirkan anda hebat!!
~100% BELIEVE~


hidup di sini sememangnya payah
terpaksa menempuh duri susah
berlarian disepanjang titian perjuangan
hingga terkadang langkah semakin longlai dan kian terhenti

namun
selagi impian itu belum pernah tergapai
selagi itu roh dan semangat akan terus di isi
Ayuh,
kutiplah semangat di sepanjang titian
agar kelak mutiara akan terus memancarkan seri
byaran buat segala onak duri yg kita lalui.

perjuangn ini xpernah bertepi dlm menuntun belas
kasih yg terpatri tidak akan pernah mati
[karya ila a.k.a ciklilah] 






Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepadaNya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.
Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalanNya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.
Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmuNya dan kudratNya. Allah ingat kepada hambaNya yang tidak pernah lupa mengingati Nya di mana-mana..^_^
~100% BELIEVE~

Monday, March 14, 2011

:: HEBAT!!!



"....dont listen to all the negative words. no one knows my full potential. diorang boleh kutuk, mengata or cakap belakang.. tapi diorang tu sebenarnya penakut utk keluar dari comfort zone masing2.. hidup memang susah tapi sampai bila? change! that's the keyword." --- From kakak comel yg HEBAT!!!

:: rukun islam



INSYAALLAH , OTW RUKUN ISLAM YG KE-5 DLM GENGGAMAN SAYA ...
HEBAT!!!!! 

SEMOGA IMPIAN SAYA DAN RAKAN2 SEPERJUANGAN SAYA DI PERMUDAHKAN 

SEMOGA KAMI KUAT MENGHADAPI DUGAAN HIDUP YG PENUH PANCA ROBA ONAK DURI INI ...
HEBAT!!! HEBAT !!! 

:: ALHAMDULILLAH

assalamualaikum ...
lama dah x update blog .. hihii ...
rindu2 ...

alhmdllh ... sepnjng xupdate blog nie .. mcm2 saya tempuhi
detik2 suka duka getir perit suffer gembira excited teruja
mcm2 la .. kalo tgk range perasaan kat ats tu .. dari naik ke trun .. pastu naik & naik ...
insyaAllah akan trus naik .. amenn .
yg paling pentg saya dapat kawan2 baru yg +ve
SERONOK GILERRR !!!
hepie ...

saya belajar mengenali DIRI sya ..
serius .. saya dapt sikit demi sedikit mengenali diri sendiri ..
dan akan cube selongkar diri sya yg istimewa ini hasil ciptaan ALLAH yg MAHA AGONG
ALHMADULILLAH ...

mereka lah yg saya kenali ...
mira(my iron lady), pka, k.syada, bib,pae,sally, atiq, fikri,ijat(adik shahrul), ijat k13, nuar, k.ain, k.sarah, abg.warid,en..syimi,muhsin,k.ummu, k.husni, faz, en.fendi, en.hanif, en.fudzail,en.adham,en.eddie(my leader), en.zariman,k.add, en.duen,aizuddin(HEBAT!!!)& the geng, fadhilah,k.su, dan ramai lagi lah ...
yg pentng saya hepie ... dan semakin cube tk mengubah diri ini ..
semoga usaha saya berjaya ... AMEENN ~~~

tetibe nk pst entry nie lak .. sgt best ...
sumber dr i luv islam ...
sama2 kita baca ...
==================================================

Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya; Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" - Attarmidzi

Saya bukan materialistik, saya bukan mata duitan, tapi saya suka jadi kaya, saya suka ada wang, saya tidak suka miskin. Agama saya suruh saya jadi kaya, agama saya tak pernah suruh saya jadi miskin dan tidak berusaha.

Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menjadi kaya bertambah-tambah kuat. Saya semakin semangat untuk belajar sebab saya nak jadi kaya. Saya nak ada wang. Saya nak buat itu, saya nak buat ini.

Tapi tahu tak apa yang membuatkan saya bersemangat? Cuma satu ayat sahaja, "Islam suruh kita jadi kaya" kata ustazah subjek Islamic Studies yang wajib diambil untuk ke oversea.

Saya tersentak waktu itu. Saya rasa, " Aah kan, Islam tak suruh kita jadi miskin,"..

TETAPI..

Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang.

Islam suruh kita usaha. Ini yang Islam terapkan dalam diri kita. Berusaha untuk mencapai keinginan dan impian kita.

Harta tak kan jatuh berdebuk dari langit, dan makanan tak kan datang sekadar dengan membuka mulut kita. Dalam dunia sekarang ini, semua perlukan wang. Bak kata orang, "Nak masuk toilet pun kene bayar!"

Dulu saya tak ada impian, saya cuma ada angan-angan. Saya bukan seorang yang determination, saya akan membuat keputusan dan pilihan pada waktu yang diperlukan.

Saya biarkan impian saya itu umum supaya saya tidak tertekan dengan impian saya.

Tetapi sekarang saya mula memasang impian supaya saya ada hala tuju hidup, supaya saya jadi kaya bersebab. Saya mahu jadi orang yang menerima untuk memberi. Saya mahu menolong orang, membuat kebajikan.

Adakah saya ingin berbangga diri dan dipuji dengan menyatakan ia disini?? Tidak sama sekali. Saya tahu pembaca blog saya kebanyakan adalah rakan-rakan saya dan orang yang hampir sebaya dengan saya.

Pasti dari kalangan mereka ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, arkitek, pengkaji, aktuari, akauntan, dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang pendek katanya akan memberikan hasil yang lumayan, yang akan melayakkan mereka memberi zakat.

Oleh itu, di sini saya menyeru agar bakal-bakal pemberi zakat ini supaya menunaikan tanggungjawab mereka apabila sudah mampu nanti, dan memberikan sesuatu lebih dari zakat, iaitu sedekah.

Saya suka melihat kerja kebajikan yang dilakukan Oprah Winfrey dan juga orang-orang yang melakukan kebajikan yang ditampilkan dalam talk show nya. Ya, saya tahu dia adalah Kristian dan pengkritik Islam, tapi saya rasa tidak salahkan saya mengagumi kebajikan yang dibuatnya? Tidak salah untuk saya mencontohi kebajikan yang dibuatnya.

Ayah saya selalu kata, "Sayang, dia bukan Islam. Sia-sia sahaja kebajikan yang dia buat," Kebajikan yang dibuat olah orang-orang kafir ini hanyalah bagai debu-debu yang berterbangan.

Firman Allah Taala:

"Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" - Allail:8-11

Saya sungguh kagum melihat orang-orang yang kreatif dalam melakukan kebajikan, bukan hanya sekadar memberi cek palang dalam konsert-konsert amal, tetapi membina dan mengubah kehidupan dan masa depan seseorang.

Dari sumbangan yang sedikit, mampu mengubah hidup ramai orang.

Saya ambil contoh Dr. Muhammad Yunus, penerima anugerah Noble, pengasas Grameen Bank di Bangladesh.

Formula yang digunakan sungguh mudah, iaitu dengan memberikan pinjaman mikro tanpa bunga bagi golongan ibu-ibu untuk memulakan perniagaan ini adalah keran dia sedar masalah kemiskinan di Bangladesh adalah akibat pinjaman mengenakan bunga yang tinggi. Pinjaman yang diberikan sungguh kecil, cuma sebagai modal perniagaan, bukan untuk menyara hidup.

Pada permulaannya, dia hanya memberikan US$27 dari poketnya sendiri kepada 42 orang wanita. Apabila perniagaan mereka sudah membuahkan hasil, mereka perlu memulangkan pinjaman mereka. Anak-anak mereka juga dipastikan mendapat pendidikan formal. Untuk lebih maklumat mengenai Dr. Mohamed Yunus, boleh klik di sini.

Seorang lagi lelaki yang membuatkan saya kagum ialah John Wood, mengasaskan program Room To Read.

Lelaki ini sanggup meninggalkan pendapatan 6 angka di Microsoft semata-mata untuk menolong anak-anak Nepal yang tiada kaitan dengannya. Semuanya bermula dengan pengembaraannya ke kawasan pedalaman Nepal.

Apabila melihat anak-anak kecil di sini bersekolah tanpa buku, dia berjanji akan kembali dengan buku-buku. Dia pulang ke US dan mula mengumpulkan buku-buku untuk menunaikan janjinya.

Dia kemudian kembali ke Nepal dengan buku untuk anak-anak ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti dari Microsoft bagi menumpukan kepada kerja kebajikannya dan menubuhkan Room to Read.

Mungkin bagi orang ramai keputusannya adalah gila, tetapi katanya, "I'm feel great". Kini mereka sudah membina 5600 perpustakaan di negara-negara membangun seperti Nepal, Kemboja, India dan Vietnam.

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda:

"Tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." - AlBukhari dan Muslim

Saya sungguh kagum dengan orang-orang seperti mereka ini dan saya ingin menjadi seperti mereka. Saya tidak mahu hidup menjadi seseorang yang tidak memberikan sumbangan kepada orang lain.

Saya merasakan kita masih kekurangan dermawan yang kreatif di Malaysia khususnya dan dalam agama Islam amnya. Namun begitu, jika direnung kembali, semua ini sudah ada dalam konsep zakat, takaful iaitu konsep tolong menolong sesama kita.

Alangkah baiknya seandainya kita menjadi seperti sewaktu pemerintahan khalifah Umar dulu, semua yang mampu mengeluarkan zakat sehingga tiada orang yang layak menerima zakat.

Penerima zakat pula seharusnya sedar bahawa zakat diberikan supaya mereka dapat memperbaiki hidup mereka, bukan hanya untuk dituntut setiap bulan di pusat zakat.

Sebagai konklusi, saya ingin mengajak semua supaya menjadi kaya. Bukan sekadar kaya harta sahaja, kaya pahala juga.

Jadilah orang kaya yang sedar bahawa harta itu hanyalah pinjaman, bukan hak milik kita yang mutlak.

Dunia ini adalah ladang untuk akhirat, maka sedaya upayalah kita menanam pelbagai pohon agar kita dapat merasai nikmatnya di akhirat kelak.

Kini saya punya impian untuk mengubah nasib orang, sama ada yang saya kenal atau tidak. Saya telah mula menyusun strategi untuk melakukan sesuatu buat bangsa saya, terutama sekali untuk agama saya.

Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang memberi impak kepada seseorang atau sesebuah keluarga sebelum saya menutup mata.

Semoga Allah sentiasa bersama dan meredhai niat saya ini.

Wallahualam~


so...
apa yg korg rasa???
mari kite mulakan langkah ...
saya dh mula melangkah satu kaki ...
tggl satu lagi ...
jom kawan2 ... supaya kite sama2 berjaya .. susah sama2 susah .. senang sama2 senang ..

kita jatuh, ade org yg bantu kita,, supprt kita .. saya dah rase ..
saya gembira sbb saya xdipinggirkn ..
mereka jaga saya ... didik saya ... manja2 saya.. mereka ttp kat sisi saya bg moral support ...
sebab mereka nk saya berjya bersama2 mereka ...  
semoga ... SEGALA USAHA KAMI DILIHAT OLEH ALLAH DAN DIBERKATI .... 

AMIN ... 
ALLAH SAJA YG MAMPU BALAS SEGALA KEBAIKAN MEREKA